Nuffnang

You are Brat's Visitor Number

Sunday, May 1, 2011

For them

This will be a long post of a special tribute to some special friends I met this past two years. They had just finished their studies and after this, I might or might never see them again after they all embark on their own journey. Since it's written specially for them, I decided to write this post in Bahasa.

Pernah tak, korang berkenalan dengan orang yang korang rasa korang kamceng gila, tapi sebenarnya bukanlah kawan korang?


Dalam dua tahun brat kembali ke Shah Alam ni, ramai betul brat dapat kawan2 dan kenalan yang "hampir-kawan" ni.

Kenapa "hampir"?? Sebab,

Dalam keadaan biasa, selalunya orang yang berumur macam brat, tak berkawan dengan budak2 berumur macam diorang ni. Yelah cube bayangkan, masa brat dah masuk skolah menengah, budak-budak ni baru je darjah dua. Masa brat dah boleh membaca dan mengira (dalam umur 4 tahun) ada sesetengah diorang tak lahir pun lagi (sebab lahir hujung tahun).

Dalam keadaan biasa, diorang ni cume kenalan yang brat kenal melalui teman lelaki adik brat. Yela, brat bukan belajar satu institusi dgn diorang. Lagi pulak, bukannya kawan adik brat pun, kawan kepada bopren adik brat. Jauh btol perjalanannye tu.

Dalam keadaan biasa, diorang mungkin cuma nama yang brat dengar adik brat sebut masa sembang2.

Dalam keadaan biasa, diorang mungkin muka yang brat "macam" kenal tapi mampus tak ingat nama atau kat mana kenal.

Tapi, sebab ni bukan keadaan "biasa",
brat bukan brat "biasa" dan
bebudak ni bukan bebudak "biasa"

Maka terjadilah perkenalan dan persahabatan yang cukup "luar biasa" pada brat.




Sepanjang brat menyambung pengajian di peringkat Ijazah ni, brat terasa lebih rapat dengan diorang ni berbanding kawan2 sepengajian brat. Jangan salah faham, brat memang ENJOY GILA dengan kawan2 kelas dan course brat tapi bebudak ni berada di tahap yang berbeza dari tu. (Brat akan khaskan satu post utk kawan2 kelas dan course lain kali).

Mungkin sebab brat tak duduk hostel atau rumah sewa lalu menyebabkan brat lebih kamceng dengan adik perempuan brat, jadinya, banyak masa dihabiskan dengan dia dan boyfriendnye dan kawan-kawan mereka.

mimi (merah) bf nye (kat sebelah dia) dan antara rakan2nye~
Senang cerita diorang ni berada di tahap yang "luar biasa". haha. Kalau nak "aneh", "pelik" atau yang sopan sikit, "unik" pown bole~

Meh brat nak kenalkan,

ni namanya Mohd Akmal Hakim. Dia boyfriend adik brat. Juga dikenali sebagai Mal, Amal atau Comot Komot.


Seorang yang perasan hensem dan bajet hebat, bercita-cita menjadi seorang "artis" (hahahahaha) walaupun takde sekelumit bakat dalam nyanyian, lakonan mahupun modelling. Kalau nak jadi raja lawak pun tak lepas sebab walaupun kuat merepek, dia ni sebenanya pemalu orangnya. Puji sikit, terus tersipu. Tapi, dalam keperasanan dan kebajet-hebatan beliau, dia seorang yang boleh diharap, dipercayai, dan seorang yang SANGAT best utk diajak melepak, bersembang, dan sebagainye. hehe~ Dia jugakla penyebabnya brat berkenalan dengan lagi 10++ jejaka yang bakal brat kenalkan. Kebanyakan diorang semuanya duduk rumah sewa sekali dengan Mal ni. Pada brat, dia ni lah "ring-leader" bagi rumah nih.


ni namanya Muhammad Ismail. Ni rakan serumah Mal yang 1st Brat kenal. Juga dikenali sebagai Mael. Mimi (adik brat) selalu cakap dia ada sorang kawan yang mukanya saling tak tumpah (wah ayat dewan bahasa) macam Nazirul (adik). Apa kata korang? Sama tak?


Mael            dan           Nazirul

Dia ni merupakan salah sorang yang paling banyak makan yang pernah brat jumpa. Seronok kalau nak bawak makan buffet atau tolong habiskan makanan brat masa brat tgh berdiet (haha). Mael ni gila futsal, tapi tak taulah dia terer atau tak. Suara cukup lantang. dari jauh dengar suara dia je. Tapi dia mmg sorang yang gentleman habis. Sentiasa sedia membantu damsels in distress. You won't feel neglected if he's there.

lepas Mael brat dikenalkan pulak pada Ameer Hashim atau juga dikenali sebagai Kusut Masai.


Si kecik ni memanglah teramat comel dalam apa-apa yang dia buat - kecuali masa merokok. Time tu je tak nampak comel. Tapi, satu je puji, bila dia merokok, dia akan jauhkan diri daripada orang yang tak merokok. Sungguh comel!! haha. Dengar cerita Amer ni sensitif orangnye. Tapi memang best ajak pegi karoke. Sebab dia berkaroke dengan penuh bergaya, sedap atau tak, tu belakang kira. hehe.

Mohd Hishamudin Mustafa yang jugak dikenali sebagai Sham atau Ecam meninggalkan satu first impression yang buruk masa brat mula-mula kenal dia.


Mungkin sebab dia keletihan, atau mungkin sebab brat yang keletihan dan takde mood masa tu, brat rasa dia seorang yang agak rude. Tapi, selepas berjumpa beberapa kali dan selepas lebih mengenali dia, semua tanggapan buruk tu lenyap. Rupanya, Ecam ni seorang yang SAAANGAT comel. hehe. Blur, lurus bendul tapi suka menyakat dan sanggup melayan. Kepada gadis di luar sana, Ecam sekarang ni available. Kalau rasa berminat, teruskan! Secara purata Brat bagi 4 1/2 bintang dari 5 bintang pada Ecam. (1/2 bintang kena tolak sebab merokok. haha)
check out his BLOG and his FB

Tak sure siapa yang brat kenal dulu, tapi dua orang manusia panjang ni cukup pandai bergaya depan kamera. Walaupun muka diorang tak sama sebenarnya, tapi dulu, brat selalu kompius diorang dua nih.


Yang ni namanye Muhammad Jazli. Juga dikenali sebagai Ly. Brat tak banyak sangat bersembang dengan dia. Mungkin sebab dia malu dengan brat kot. Tapi, kami tetap boleh enjoy main ice skating dan karaoke bersama. Huh? his status? Sorry girls, I don't know. You'd have to ask him about it XD



dan yang ni Izzat Khalid. Juga dikenali sebagai Ijat, Jat dan Saqkai. Satu yang brat bole cakap pasal Jat ialah dia seorang yang ROMANTIC. Dia memang sangat sayangkan aweknye dan itu menyebabkan brat rasa dia ni teramatlah SWEET~  tak percaya? jenguklah blog dia Saqkai Diaries. Korang mesti harap ada bf macam dia...



Next, lelaki gagah perkasa dan atlet Hermee atau lebih dikenali sebagai Emy.


Penah dengar "muka brutal tapi hati jambu"? Emy ni contoh yang terbaik utk ayat tu. Atlet ragbi yang cukup berjaya hingga ditawarkan biasiswa sukan UPM. bertubuh sasa, muka macho, jantan habis. Tapi seorang yang sensitif dan romantik. Kadang-kadang rasa lucu dengan ayat yang keluar dari mulut dia yang tak sesuai dengan rupa dia tapi, tu salah satu tanda dia MUNGKIN boleh jadi kekasih dan suami yang baik. Mungkin ye, sebab hakikatnya brat tak tau.

Sorang lagi yang sesuai dengan stigma (hahah!) muka brutal hati jambu, Iqbal Yusuf. Juga dipanggil Bal atau Bal Gedang (bak kata Pejoy).


Bal ni sekali pandang, memang nampak macho habes, dua kali pandang nampak ganas, tiga kali pandang nampak garang. Tapi bila dah berkali-kali pandang, baru perasan, Bal ni so sweet~ hehe. Sangat pandai ambil hati orang, sgt pandai layan pompuan. Dengar cite, dikalangan bebudak rumah yang tersebut, Bal ni mempunyai suara yang paling merdu! Tapi malangnya, brat tak berkesempatan nak dgr dia menyanyi. Kalau ada can, nak jugak brat dgr sekali, dua~ (Jom g karok, Bal!) haha.

Kanak-kanak rumah sewa tersebut yang seterusnya ialah Faiz Zulhakim atau lebih dikenali sebagai Pejoy.


Antara semua kanak2 rumah tu Pejoy tanpa ragu2 pada brat adalah yang paling CUTE dan CHUMEL. Muke innocent, senyuman manis, ayat pun manis, dan sememangnya menjadi IGAUAN ramai gadis (brat is NOT included mind you). Cukup menyakitkan hati dengan sifat "hati kering" nya, amat selamba dan cool, sampai terlalu cool dan jadi beku. Tak sabar nak tengok dia "cair" dengan mana-mana gadis yang berjaya menambat hatinye. hehe. Walaubagaimanapun, (wah ayat dewan bahasa lagi) kalau berjaya mengajaknye keluar atau menemani pergi mana-mana, memang sangat enjoyable dan interesting.


Haaa. Yang ni dua special case. Diorang tak duduk serumah ngan budak2 lain ni secara "official", tapi selalu je kelihatan 'berkeliaran' dan melepak kat situ.

Hakeem Yaacob atau lebih dikenali sebagai Ham ni selalunye datang "pakej" sekali dengan Pejoy.

                                                                                     Ham bersama Pejoy. (Pakej sangat!! haha)       

Slalunye bila brat jumpe dengan Ham ni, dia mesti dengan Pejoy. Kadang-kadang musykil jugak. Tapi disebabkan dah tau dia ada buah hati yang cukup cun dan meletopz, keraguan tu hilang sendiri. (haha). Cukup selamba dan cool, dan selalu bercanggah pendapat dengan brat. Jadilah dia rakan "sparring" berdebat yang cukup mencabar - mencabar kesabaran brat. hahaha. Tapi, brat suke dengan cara dia yang relax but firm.

Yang ni pulak rasanya namanya Hiqbal. Tapi dia ni lebih femes dikenali sebagai Ciko.


Ciko ni selalu dianggap lebih tua berbanding usia sebenar. Kadang2 kalau ikutkan rupa, brat rasa brat lagi muda (hahaha) Tapi hakikatnye dia juge, seperti yang lain baru je nak layak utk mengundi tahun ni. Yang ni pun sikapnya cukup cool dan bersahaja. Dengar cerita sangat reliable bila perlukan driver. Tak payah cakap banyak, just bagitau tempat, kompom sampai ke depan pintu masuk tempat yang nak dituju. Dari perkenalan kami yang singkat ni, brat rasa dia seorang yang rajin. Kenapa? Ntahla~ haha.

Dan yang teristimewa dikalangan mereka, yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami (Innalillah.. Al Fatihah), Muhamad Irsyad atau juga dikenali sebagai Syad atau Levo Dark.

In loving memories~
Tak perlulah rasanya brat kenalkan dia lagi. Dah banyak sangat brat tulis mengenai dia. Sesiapa yang terlepas storynye, boleh lah jenguk kat link2 ni > Satu, Dua, Tiga, Empat, Lima, Enam, Tujuh, Lapan, Last



Kepada korang2 semua.
Aku nak susun doploh jari aku ni utk mintak ampun n maaf dari korang kalau
ada yang terguris dan terasa
ada tersalah silap yang tak kena
ada yang asyik kena mengata
ada yang tak dan tersengaja kutuk atau hina
ada aku terkasar dan tercedera
ada yang rasa aku salah kat mana.

Kalau ada terhutang apa2
mintakla kat aku takut aku lupa 
tapi kalau korang pun terlupa or tak sure
harap dihalalkanlah ye~

Dan yang paling penting,
Terima Kasih banyak2 sebab...
sudi gakla berkawan ngan aku
sanggup melayan kerenah aku yang kadang2 tah pape
Terima kasih jugak untuk masa yang kita dah spend bersama
Terima kasih sebab korang adalah korang.

Untuk hari yang mendatang, aku doakan 
korang sukses selalu
moga korang bahagia tak kiralah kat mana pun korang
moga korang tabah tak kira kuat mana pun cabaran yang mendatang (cheewah)
dan semoga korang selamat dunia akhirat.

Kita mungkin takkan berjumpa lagi lepas ni.
Dan mungkin, kita akan terlupa nama atau rupa masing-masing.
Mungkin jugak kita akan bertembung dan berjumpa semula
Tapi kita tak kenal satu sama lain
Atau kita kenal tapi terasa kekok tak mesra macam dulu.

Walau apa pun yang terjadi lepas ni,
Aku nak korang tau, 
Aku hargai kemunculan korang dalam hidup aku.
Sebab aku jumpa korang,
Sisa baki zaman remaja aku sangatlah menarik dan tak bosan.
Korang adalah sebahagian dari diri aku
Walau terpisah macammana pun, aku yakin
Sebab aku jumpa dengan korang,
aku adalah aku yang sekarang ni.

So THANK YOU very much


ALL THE BEST for your future

and

GOODBYE for now. :)

5 comments:

  1. sy kenal semua mereka ini. hehehehe.

    ReplyDelete
  2. jadi sama la kawan2 kita ni? haha.

    ReplyDelete
  3. perhh..malu den..haha!

    ReplyDelete
  4. post ko ni mcm pnympaian anugerah khidmat cemerlang plak...hahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

'Click'aty Clackaty Cloock. Click!!