Nuffnang

You are Brat's Visitor Number

Tuesday, August 31, 2010

A Merdeka Post by the Brat

Hari ini brat nak buat satu 'post' dalam Bahasa Melayu. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan yang ke 53 ni, brat nak memakmurkan Bahasa Kebangsaan kita dalam blog Brat. Mungkin rasa nya berbeza, tapi asasnya tetap sama.


Selama ini, Brat belum pernah menulis dalam Bahasa. Bukan kerana Brat tidak boleh atau tidak bangga menulis dengan Bahasa Kebangsaan kita, tetapi selain daripada tempat Brat meluahkan perasaan, blog ini juga merupakan suatu platform untuk Brat berlatih Bahasa Inggeris Brat. 'Omputeh' kata "practice makes perfect". Tak salah kan?

Mungkin Brat hanyalah sekadar seorang anak muda yang adakalanya nakal dan seolah-olah terlupa akan asal usulnya. Tetapi, sebenarnya Brat ni agak patriotik. Tak percaya? Sungguh. Brat suka nak menghayati sejarah, kadangkala, bila mendengar cerita tentang perjuangan atuk nenek moyang kita dulu bertungkus lumus menentang penjajah, terasa sayu dan sebak. Apatah lagi bila tengok anak-anak muda sekarang, bertungkus-lumus dan berkejaran untuk menjadi seperti penjajah, dan terus mengagungkan mereka.


Cukup bab sedih. Brat nak cerita pasal satu pertandingan reka poster dekat Fakulti Brat. Ada beberapa poster yang sangat menarik perhatian Brat. Maaf kualiti gambar yang agak teruk. Brat cuma ambil gambar dengan kamera di telefon bimbit, jadi kualitinya agak kurang.

Poster yang paling Brat suka,
Karya - Azhani binti Amir
Selain dari itu, beberapa poster lain yang sangat simbolik, bermakna dan cantik pada Brat;

Karya - tak ingat lah. Nanti Brat semak balik ye.

Karya - Emm.. nanti Brat kena semak balik juga.

Karya - Mazlin Aisha binti Zainal Abidin

Karya - Ahmad Fazley Ahmad Suhaimi

Cantik bukan? Banyak lagi karya-karya yang sama menarik di pamerkan di Fakulti Brat. Selain cantik, apa yang Brat suka adalah penghayatan erti kemerdekaan dan konsep 1 Malaysia dalam poster-poster tersebut.


Satu peringatan dari Brat, kita semua tidak kira bangsa, agama, warna kulit dan kepercayaan, adalah rakyat Malaysia. Kita semua berada dalam satu kapal. Andainya kapal ini tenggelam, tiada seorang pun antara kita akan terselamat. Hargailah kemerdekaan yang kita ada. 53 tahun mungkin terasa lama, tapi, jika dibanding dengan beratus-ratus tahun kita dibawah jajahan asing, apakah cukup kebebasan selama 53 tahun itu?

Selamat hari Merdeka, dari Brat,

11 comments:

  1. Happy Merdeka! Oops, I mean Selamat Hari Merdeka! :D

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Kebangsaan. jgn jadi macam aku. sebab lama tak bertutur dan menulis dalam BI semakin lemah BI .. heheh..

    www.pengeRindu.com

    ReplyDelete
  3. Ahh! I don't read or understand malay but Happy Merdeka!

    ReplyDelete
  4. Like the picture of the small kid, so cute! Happy Merdeka c:

    ReplyDelete
  5. haha, Selamat Hari Merdeka jugak! Tulisan yang menarik. =)

    ReplyDelete
  6. love the poster with the candle. Look really artistic hehe

    ReplyDelete
  7. memang lawa2 la poster tue.... very kreatif .... ;-p

    ReplyDelete
  8. hmmm.... ape yang penting kat poster itu.... ialah mesej yang nak disampaikan.... PERPADUAN

    ReplyDelete
  9. salam..
    hello there,just dropping by..

    very nice blog u got here... ;)

    anyway Happy Merdeka to u..

    ReplyDelete
  10. drop here..
    hai nice to meet u..ceewah..
    speak sikit..
    salam merdeka jugak..
    tak lupa selamat hari raya..hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

'Click'aty Clackaty Cloock. Click!!