Selama ini, Brat belum pernah menulis dalam Bahasa. Bukan kerana Brat tidak boleh atau tidak bangga menulis dengan Bahasa Kebangsaan kita, tetapi selain daripada tempat Brat meluahkan perasaan, blog ini juga merupakan suatu platform untuk Brat berlatih Bahasa Inggeris Brat. 'Omputeh' kata "practice makes perfect". Tak salah kan?
Mungkin Brat hanyalah sekadar seorang anak muda yang adakalanya nakal dan seolah-olah terlupa akan asal usulnya. Tetapi, sebenarnya Brat ni agak patriotik. Tak percaya? Sungguh. Brat suka nak menghayati sejarah, kadangkala, bila mendengar cerita tentang perjuangan atuk nenek moyang kita dulu bertungkus lumus menentang penjajah, terasa sayu dan sebak. Apatah lagi bila tengok anak-anak muda sekarang, bertungkus-lumus dan berkejaran untuk menjadi seperti penjajah, dan terus mengagungkan mereka.
Cukup bab sedih. Brat nak cerita pasal satu pertandingan reka poster dekat Fakulti Brat. Ada beberapa poster yang sangat menarik perhatian Brat. Maaf kualiti gambar yang agak teruk. Brat cuma ambil gambar dengan kamera di telefon bimbit, jadi kualitinya agak kurang.
Poster yang paling Brat suka,
Karya - Azhani binti Amir |
Karya - tak ingat lah. Nanti Brat semak balik ye. |
Karya - Emm.. nanti Brat kena semak balik juga. |
Karya - Mazlin Aisha binti Zainal Abidin |
Karya - Ahmad Fazley Ahmad Suhaimi |
Cantik bukan? Banyak lagi karya-karya yang sama menarik di pamerkan di Fakulti Brat. Selain cantik, apa yang Brat suka adalah penghayatan erti kemerdekaan dan konsep 1 Malaysia dalam poster-poster tersebut.
Satu peringatan dari Brat, kita semua tidak kira bangsa, agama, warna kulit dan kepercayaan, adalah rakyat Malaysia. Kita semua berada dalam satu kapal. Andainya kapal ini tenggelam, tiada seorang pun antara kita akan terselamat. Hargailah kemerdekaan yang kita ada. 53 tahun mungkin terasa lama, tapi, jika dibanding dengan beratus-ratus tahun kita dibawah jajahan asing, apakah cukup kebebasan selama 53 tahun itu?
Selamat hari Merdeka, dari Brat,